WELCOME TO MY BLOG. DON’T FORGET TO FOLLOW OK (^_^)

Monday, June 25, 2012

Pengorbanan Seorang Ibu







TERINGAT KAT MAK SAYA MALAM2......






Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan yang kecil, tinggallah seorang perempuan bernama Solehah dan anaknya, Amru yang baru berusia 5 tahun. Suaminya telah meninggal dunia ketika di medan perang. Maka tinggallah Solehah dan anaknya sehelai sepinggan meneruskan kehidupan di sebuah rumah kecil peninggalan suaminya.
Kerja solehah sebagai penenun kain menjadikan hidup mereka serba sedikit senang. Dia dan anaknya masih boleh mengisi perut dan menjalani kehidupan walaupun tidak semewah orang lain. Sekurang-kurang mereka tidak perlu mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi.
Jika ramai orang yang mengupah solehah untuk menenun kain, maka berisi lah perut mereka hari itu, tetapi jika tiada pelanggan, maka mereka terpaksa makan makanan simpanan sebelum ini yang sedikit untuk mengalas perut. Begitulah kerja Solehah yang tidak menentu setiap hari.
Pada suatu hari, tidak ada seorang pun yang datang ke rumah Solehah untuk mengupahnya menenun kain. Nasib baiklah, dia telah menyimpan sedikit roti untuk anaknya.
"Amru sayang, Umi minta maaf sebab hari ini hanya ada sedikit roti untuk amru makan, tapi Umi janji, esok kita makan nasi ya," Solehah berkata kepada sambil menghulurkan beberapa keping roti untuk Amru.

"Umi, kalau Amru makan roti ni, Umi nak makan apa?" Amru menyoal ibunya yang masih tidak berhenti membelai rambutnya itu.
"Umi tak penting pun Amru. Amru makan kenyang-kenyang ya. Umi tengok Amru kenyang pun Umi rasa dah kenyang. Amru jangan risaukan Umi," Solehah menjawab soalan Amru yang kelihatan masih setahun jagung itu. Bagi Solehah, dia tidak kisah untuk berlapar. Melihat anaknya ceria dan tersenyum setiap hari, itu sudah cukup membuat hatinya gembira.
"Umi, Amru janji, bila Amru besar nanti, Amru nak bekerja rajin-rajin. Amru nak bagi Umi makan enak-enak," kata Amru pandai menjaga hati ibunya. Kemudian, dia menyuap sedikit roti ke mulut ibunya itu. Solehah hanya tersenyum dengan gelagat anak kecilnya itu.
Sejak kecil, Amru dididik dan dijaga oleh Solehah sepenuh kasih sayang. Dia diberi didikan agama yang sempurna dan diasuh bagai menatang minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tidak dibiarkan hinggap di badan Amru. Baginya, Amru merupakan satu-satunya harta peninggalannya.
Setelah beberapa tahun berlalu, Amru telah membesar menjadi seorang pemuda yang segak dan tampan. Solehah pula semakin lama, semakin tua tetapi keringatnya terus jatuh ke bumi mencari nafkah buat keluarganya.
Perubahan mendadak ditunjukkan pada sikap Amru. Dia sering keluar untuk bersukaria bersama kawan-kawannya. Dia juga semakin degil dan selalu melawan cakap ibunya. Walaupun disuruh oleh ibunya untuk mencari kerja, tetapi nasihat ibunya yang tua itu langsung tidak diendahkan. Malah Amru sering menengking dan berkasar sehingga membuat ibunya itu terguris.
Solehah tidak tahu mengapa Amru bersikap sedemikian terhadapnya. Dia tidak pernah mengajar anaknya untuk berkasar. Setiap hari, dia berdoa agar Tuhan sentiasa melindungi Amru daripada sebarang perkara yang tidak baik.
Amru pula, langsung tidak berubah, selalu keluar berfoya-foya dengan kawan-kawannya. Dia akan ke pekan untuk menghabiskan wang yang diberi oleh ibunya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. Duit itu banyak dihabiskannya untuk berjudi. Disebabkan berjudi itu juga, dia selalu dipukul kerana tidak dapat membayar wang yang sepatutnya.
Begitulah rutin harian Amru. Dia tidak serik untuk berjudi walaupun tahu akibatnya. Apabila balik ke rumah, badan Amru akan cedera dan luka di sana-sini akibat dipukul. Solehah jugalah orang yang akan merawatnya. Dia menyapu ubat di badan Amru sambil menitiskan air mata melihat anaknya itu. Semahunya, dia tidak ingin perkara itu berlaku pada anak kesayangannya itu.
"Sakitkah anakku? Umi sapu perlahan-lahan ya.Kamu sudah besar Amru. Umi, sudah beberapa kali pesan jangan berkawan dengan orang yang tidak elok akhlaknya. Kamu juga yang susah nanti," ujar solehah memberi nasihat kepada anaknya itu. Begitulah kata-kata yang sama keluar dari mulut solehah tiap kali merawat Amru. Amru hanya membisu seribu bahasa. Kesakitan yang dialami menutup mulutnya.
Namun Amru tetap tidak berubah. Perangainya masih sama seperti dahulu. Kerap kali keluar ke pekan bersama kawan-kawanya untuk berjudi. Tiap kali dia berjudi tiap kali itu jugalah dia kalah. Nasib langsung tidak menyebelahinya. Dan tiap kali dia kalah tiap kali itu jugalah badannya akan menerima padahnya. Begitulah nasib Amru setiap hari. Nasib baiklah dia mempunyai seorang ibu penyayang yang masih mengambil berat akannya.
Setiap hari seperti biasa Amru akan meminta wang daripada ibunya sebelum keluar.
"Umi!! Amru nak wang lagi!! Cepatlah Umi, kawan-kawan amru tunggu Amru tu!!" Tengking Amru kepada ibunya yang telah tua itu.
"Semua wang Umi sudah habis Amru. Wang semalam ialah wang terakhir dari simpanan Umi. Umi sudah tiada wang untuk diberi kepada Amru," jawab Solehah pilu. Semua wangnya telah diberi kepada Amru tanpa sempat pun dia membeli sedikit makanan.
"Umi tipu!!! Umi masih ada wang tapi Umi tidak mahu beri pada Amru kan??!!" Tengking Amru.
Jawapan ibunya itu membuatkannya marah. Kemudian dia terus menggeledah seluruh isi rumah untuk mencari wang. Namun usahanya itu tidak berhasil kerana sekeping wang pun tidak berjaya dijumpai.
"Perempuan tua tak guna!!" Jerit Amru. Dia kemudian menolak ibunya sehingga rebah dan keluar dari rumah dengan perasan yang hampa. Amru benar-benar tertekan kerana jika tiada wang maka tiadalah keseronokan dalam hidupnya.
Di pertengahan jalan, Amru diberhentikan oleh seorang pemuda yang langsung tidak dikenalinya. Pemuda itu kelihatan kaya dengan pakaiannya yang mahal. Amru tidak sedar bahawa pemuda itu sebenarnya adalah syaitan yang menyamar sebagai manusia. Syaitan itu hanya ingin memerangkap Amru. Bagi syaitan itu, Amru adalah orang yang sangat mudah diperdaya dengan harta dan wang.
"Apa sebenarnya yang kamu mahu?" tanya Amru kepada pemuda segak yang berdiri di hadapannya.
"Aku hanya mahu menolong kamu. Bukankah kamu kesempitan wang sekarang? Aku mahu memberi kamu wang yang banyak," jawab syaitan itu memperdaya Amru.
"Memberi aku wang yang banyak?!" Amru terperanjat dan gembira.
"Ya. Wang yang banyak. Tapi dengan satu syarat," ujar syaitan bijak bermain dengan kata.
"Apakah syarat tersebut? Cakaplah apa yang Tuan mahu? Segera juga aku penuhinya."
"Syaratnya, bawa hati ibu kamu kepada aku dan wang yang banyak akan menjadi milik kamu."
Tanpa banyak berfikir, Amru terus berlari ke rumahnya. Tanpa belas kasihan Amru membunuh dan mengambil hati ibunya; ibu yang selama ini menjaga dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang, ibu yang sanggup berlapar demi anaknya, ibu yang sanggup bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anaknya, ibu yang selalu merawatnya semasa sakit. Malah, ketika Amru pulang, ibunya sedang menyiapkan masakan kegemaran Amru tanpa terasa sedikit pun akan perbuatan Amru sebelum ini.
Amru sangat gembira kerana dengan hati ibunya itu, dia akan mendapat wang yang banyak. Dia terus berlari untuk mendapatkan pemuda yang berjanji dengannya tadi sambil membawa hati ibunya itu. Semasa berlari keseronokan membayangkan dia akan mendapat wang yang banyak, tanpa disedari Amru tersepak batu lalu terjelopok ke tanah.
"Sakitkah anakku?" dengan izin Allah, hati itu bercakap apabila melihat anak kesayangannya sakit akibat jatuh tersungkur. Dengan penuh kasih sayang hati itu terus bertanya. Soalan tersebut ditanya berulang-ulang kali sehingga membuatkan Amru terperanjat.
Tanpa mempedulikan kata-kata hati itu, Amru terus mengambil dan membawanya kepada pemuda yang menyamar tadi. Syaitan itu berasa amat gembira sekali kerana misinya berjaya. Sebagai balasan Amru diberikan wang yang banyak sebagaimana yang telah dijanjikan.
Dengan wang yang banyak itu, Amru meneruskan kehidupannya dengan berjudi. Akhirnya sekelip mata sahaja wang banyak yang diberikan oleh syaitan tadi habis digunakan. Seperti biasa Amru akan dipukul. Apabila balik ke rumah, tiada lagi kedengaran suara bimbangan ibunya.
Tiada lagi ibunya untuk merawat segala luka-luka di badannya. Tiada lagi ibunya untuk memasak makanan kegemarannya. Tiada lagi ibunya untuk membelai-belai menidurkannya. Akibat sikap Amru yang suka berjudi, rumahnya dijual. Akhirnya Amru menjadi pengemis dan mati di tepi jalan akibat kelaparan.
Begitulah kisah menyayat hati seorang ibu dan anaknya. Kisah kasih sayang ibu kepada anaknya yang tidak berbelah bagi. Kisah pengorbanan seorang ibu. Betapa sayangnya seorang ibu kepada anaknya itu sehingga hati masih mampu berkata-kata, risau melihat anaknya sakit.
Kita pula bagaimana? Sayangkah kita pada ibu kita? Pernahkah kita membuat ibu kita menangis? Pernahkah kita bayangkan kanak-kanak yatim piatu yang tidak mempunyai ibu? Bagaimanakah nasib mereka? Kita ni sememangnya bertuah kerana mempunyai ibu. Jadi hargailah ibu anda sebaik-baiknya.

Sunday, September 11, 2011

JANGAN MEMBAZIR


TARIKH : 13 SYAWAL/ 11 SEPT 2011

MASA : 9.09.16 PM

TEMPAT : BIM FOODCOURT

SUASANA : ANGIN SEPOI2 TAK PAHAM BAHASA INGGERIS

PEMBAZIRAN KETIKA RAYA

MASUK HARI NI DA LEBIH KURANG KITE SAMBUT SYAWAL 2 MINGGU. TAPI BAGI STUDENT MACAM AKU, MMG TAK MERASA SANGAT NAK SAMBUT RAYA TAHUN NI. TAPI ALHAMDULILLAH, SETELAH 5 TAHUN TAK DAPAT BERKUMPUL ADIK-BERADIK TIME HARI RAYA,TAHUN KITORABG BERKUMPUL UNTUK SAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI YANG MULIA. TAPI BUKAN PASAL TU AKU NAK POST KAT BLOG NI, ADA BENDA LAIN YANG BOLEH DIBINCANGKAN.

PERASAN TAK?? BILA NAK RAYA JE.,, KITA SEMUA SIBUK WAT PERSIAPAN HARI YANG MULIA TU. TAPI ADA SEGELINTIR DARIPADA KALANGAN KITA YANG SAMBUT HARI RAYA DENGAN PENUH PEMBAZIRAN. MACAM2 LA NAK DIBELI..SEMUA NAK TUKAR BARU.. LANGSIR BARU, SOFA BARU, RUMAH BARU, KERETA BARU, BINI BARU (ORG SANGAP NIH). AGAK2 LA,, MEMANG LA SUNAT PAKAI BENDA2 BARU TIME RAYA, TAPI KALAU DA MEMBAZIR MACAM HARAM JADI DOSA WEI. TAK KESAH LA KO KAYA KE TAK KAYA KE??? MEMBAZIR TETAP MEMBAZIR DAN IANYA JUGA DILARANG SAMA SEKALI DALAM ISLAM…

AKU NI PON BKAN NYE PANDAI NAK AJAR ORANG. TAPI BENDA2 MACAM NI HARUS DIKONGSI BERSAMA. AKU DAPAT TIPS MENGELAKKAN PEMBAZIRAN KETIKA RAYE NI PON DARI PAKAR MOTIVASI IAITU ENCIK FAZLY YUSUF..

DIA KATE APE NAK TAU???

Amalkan 3 P

1- PERLU - Pastikan anda berbelanja benda yang
perlu sahaja.Elakkan membeli barang-barang yang
anda tidak perlu.Sediakan senarai barang yang betul2
diperlukan sebelum anda keluar nyopping yep!


2- PADAN - Pastikan apa yang anda beli padan
dengan bajet anda.Jangan berlebih2.Ukur baju di
badan sendiri hokeh!

3- PRIORITY - Pastikan anda tau apa yang lebih
penting dan dahulukannya.Misalnya,anda sentiasa
mempunyai lebihan wang setiap bulan dan anda
belanjakannya sesuka hati sedangkan anda tidak
pernah menabung atau membeli insurans kesihatan untuk anak2.Bukankah itu patut diberi keutamaan.Anda merasakan anda mampu berbelanja,hakikatnya ada yg lebih penting diabaikan.

HAA… AKU KOPI PES JE TUH…BACE N FAHAMI LA KORANG SENDRI YEK….

P/S: MEMBAZIR AMALAN SYAITAN NIR ROJIM

Monday, August 29, 2011






PENGALAMAN BALIK KAMPONG CUTI RAYA

HARI : AHAD

MASA : BEBERAPA MINIT JE NAK MASUK ARI SENIN TAK PON 2ND HALF M.U LAWAN ARS

TEMPAT : BILIK TIDOR UMAH AKU YG MACAM

ISTANA

Aku baru sampai negeri 9 pukul 2 ptg tadi….kire sempat la aku bukak pose ngan family aku 2 kali sblom raye (kalau raye ari slase)… tadi aku balik naik bas ngan member aku…naik dari terminal makmur kuantan kul 9…bas pe??? Aku malas ar nak g tau sebab nnti boleh mndtg kan kemarahan kat org lain….

After naek flying over setelah 3o minit perjalanan..,driver bas tu pon benti kan bas tu kat tepi jalan…aku yg dalam keadaan ngantuk dan mata yg agak2 lebam (coz mlm sblum tu aku tak tdo,xcted nak blik kot) trus terpinga2 kerana tidak mengetahui hal apakah yg sedang terjadi… driver tu pon trun dari bas die dan trus gi ke blkang bas… tak smpai seminit, driver tu pon naik balik lam bas and bgthu sume passengers mcm ni… “ SEMUA TURUN DARI BAS SEKARANG.,, BAS TERBAKAR” lam ati aku smpat ckp cm ni… “PEH.,, BAPAK AHH…BILE AKU NAK SMPAI N9 MCM NI S*AL”…

aku yang panas

awek ni bajek cantik jek

Dalam keadaaan marah2 pun aku trpakse jgk ah turun dari bas…kang tak pasal2 ngan aku2 skali terbakar….aku ingat bas tu terbakar truk…tapi Alhamdulillah.. tak lah truk sangat… pak cik driver tu pon bgthu “SABAR EA SEMUA, BAS BARU AKAN SAMPAI LAGI 20 MINIT”…sakit jgk la ati aku time tu…

Sementara tgu kat tepi jalan aku bgthu kat member aku, “HAHA,,SELAMA NIE AKU TGK ORG LAIN JE TERSADAI TEPI JALAN LAU BAS ROSAK,,TAK SANGKA PLAK AKU KENE..BEST JGK AN…BARU LA PENGALAMAN”.. kawan aku tadi pon senyum jek….

Bile bas yg ke 2 da sampai n kami pon da pndah kan sume bagasi2,,,bas tu pon meneruskan perjalanan nye…cte aku ta abis kat sini jek…aku nk cte pasal care driver tu bawak…peh!!! Die nye drive ta boleh blah..aku cakap ko,, laps je die kuar dari susur kuar yg aku pon tak tau die trus nak langgar sebuah van…aku nye terkejut rase nak balik je nset yg ad kat tgan aku…panas ati wei…kte nak sampai slamat,,die plak bawak bas cam haram..



P/S : Lepas ni kalau nak memulakan sesuatu perjalanan bacelah doa dulu ye kerana semua perkara tu datang dari Alaah S.W.T…..

Thursday, August 25, 2011

DUGAAN SEBELOM RAYE……

TEMPAT : BIM FUTSAL

MASA : 7 JAM SEBELOM SAHUR

SUASANA : CUCI MATA WEI KAT SINI

ahh….lega pon ari ni…. Lagi seminggu nak raye, lecturer bukan main lagi bagi xcgment…. Bagi mesti nak banyak… da semnggu ta online baru ari ni dapat on9…. Lame oooo…. Ari ni 25 RAMADHAN.. lagi bape ari je nak raye… da la taun ni pose 29 ari je (kalau ikot calendar ar) sebernanye nak cte pasal semggu yg lepas ni…sibok die ta yah nak cte ar….ngan test yg bersepah, pastu ad plak prensentation yg banyak..aku pon jadi serabut je…semalam ta tdo…eh!bukan semalam je kot…semalam punye semalam pon ta tdo jgk…

Tapi ble da lpas sume bala mggu ni…lega yg terkira dan kesyukaran yg dipanjat ke Ilahi pon ta ketgglan… yeah!!! Hhaha… kalau ikot calendar.. lagi 4 hari je kot nak raya… ta yah nak xcted sangat ar kan…. Harap2, raye taun ni best la dari yg taun lpas….sebab taun lpas da best da…tapi nak lagi best ar taun ni ye ta…

Hmm…ape lagi nak bgthu ek….ha! time cuti raye kali nip on lecturer aku bg assignment suh buat…ta pat la nak gi raye umah awek2 yg aku da list kan (macam banyak je keje, padahal reflective journal je kot) ….da la..malas la nak taip lagi….tak de bnde pon nak cte…. Tak kan nak ngumpat plak kat BLOG macam certain2 org yg wat…haha (aku mksd kan ko kot)…. Bwahahahaha………





Pesanan : di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepad asemua yang mengenali diri saye dan seluruh ahli keluarga saya….tak lupe jge kepada sahabat2 handai.. dan kepada semua blogger juga selamat hari raya saya ucap kan

Ade lagi!... selamat hari merdeka

Saturday, August 13, 2011

MAK...SAYE DAH KURANG 5 KG

HARI : SABTU
MASA : 2ND HALF LIVERPOOL VS SUNDERLAND
TEMPAT : ATAS MEJA

haha....caye tak cye ar kan.... sye dah trun 5 kg.... ble timbang??? bru 2 ari lpas...skg bru nak masuk kn kat blog... benda terbaek mesti ar masuk BLOG... bru 2 mggu pose da kureng 5 kg... blom aku cte time cti sem ari tu... HAH??? nak xte jgk ke??? yela2... cti sem ari tu ujung blan 4...brat aku (da gne aku plak, tadi SAYA) time tu 76 kg.. brat meyh... after 2 blan melepek kat umah macam lempeng,,brat gua trun 2 kg je...tapi yg pelik nye berat aku bleh turun plak... pastu, awal blan 7 aku smbung study blik, aku set kat aku pnye mind kene ber 'SAVING' sikit.. nak saving pnye pasal makan kene kurang kan la...itu step yg 1st skali.... lagpon kalau makan terlajak pon bleh menyebabkan kte malas beribadah. malas nak wat keje. malas nak wat xcgment.. mcm2 lagi la malas melanda...mwahahaha....

ok2...kite berbalik kepada main topic kte tad
i...masuk je blan ramadhan n start aku berpuase(da 2 mggu berpuase) lagi la aku kurang makan.. n 2 ari lpas aku gi kat TUNAS MANJA nak beli ketas mahjong(present untuk biz management),, aku ter namapak timbang berat nye mesin tu....tak semena2 aku trus gi tmbang brat aku...aku tgk kat skrin mesin tu terpampang angka bernilai 69.5KG...haha..seronok gua... berat da trun mesti nampak smart kan??? tak caye???







amacam??? smart tak???


bende ni antara percaye ngan tak percaye je ar...haha... believe it or not???? hahaha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...