WELCOME TO MY BLOG. DON’T FORGET TO FOLLOW OK (^_^)

Wednesday, December 30, 2009

Pakai tudung tapi seksi!!Opps..

Kalau anda memakai tudung, alhamdulillah (kepada wanita ni). Tapi belum tentu anda dah tutup aurat dengan sempurna. Jika anda pakai tudung kerana Allah, pastikan anda ikut apa yang Allah nak.

Berikut adalah petikan tulisan dari portal IluvIslam (link ada di bawah):

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya 7 julai lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.vvv

Dah Abis Sekolah

nie acah je..bkan betul2
aku ngan ariz kat tangga


Sunday, November 08, 2009

Hadis Rasullah S.A.W

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat"
- H.R.Bukhari dan Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna"
- H.R.Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat"
- H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :

"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya"
- H.R. Muslim & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka"
- H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu"
- H.R.Attabrani

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka
- H.R.Abu Daud & Tarmizi

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga"
- H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya"
- H.R.Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh).
- H.R.Muslim & Ahmad

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya"
- H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai"
- H.R.Sahih Muslim

Rasullulah s.a.w bersabda :

"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70 x solat tanpa siwak"
- H.R.Zanjawaih & Hakim

Rasullulah s.a.w bersabda :

"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban"
- H.R.Ibn'Asakir

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas"
- H.R.Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu"
- H.R.Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama"
- H.R. Ahmad & Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat"
- H.R.Abu Dawud

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan"
- H.R.Attabrani

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.

Saturday, November 07, 2009

kehidupan di smkj felda

Menjadi pelajar di smkj f merupakan detik-detik atau saat-saat yang tak dapat dilupakan. Segala kenangan manis dan pahit dapat dirasai. Tambahan pula menjadi seorang ketua pelajar yang amat dikenali di seantero sekolah.Mempunyai cikgu-cikgu yang amat prihatin terhadap semua anak muridnya merupakan 1 pengalaman yang tak dapat dilupakan walaupau hingga ke akhir hayat.Kat smkj f juga mempunyai ragam guru-guru yang mencuit hati dan juga ada yang meny$kitk#n hati. Cikgu-cikgu yang mengajar kelas 5 UIAM pada tahun 2009 amat baik hati dan bertimbang rasa terutama teacher Linda,teacher Endra,cikgu Faezah,ustzh fatimah dan cikgu2 yang lain.

Cikgu-cikgu yang sekepala ngan anak murid lak cikgu Ridhwan,ustaz Rizal, dan cikgu Asri, .Aku cerita seorang demi seorang k.

First aku cite pasal ustaz Rizal. Seorang yang alim dan warak kat sekolah. Menamat kan pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir.Mula mengajar di smkj f pada awal tahun 2009 dan mengajar subjek agama islam dan bahasa arab. Bagi aku dia seorang pelawak dan mudah didampingi.Selain tu jugak dia seorang yang amat murah hati. Hampir saban minggu beliau akan belanja ahli BADAR sarapan pagi di kedai nana apabila selesai mengerjakan ibadah qiammullail.
ustaz Rizal juga merupakan penasihat kehormat exco BADAR dan beliau juag adalah 'mastermind' kepada penubuhan badar di smkj f.

Next aku cite pasal cikgu Ridhwan yang amat 'terbuka' ketika membincangkan isu-isu sosial.Beliau amat 'sporting' ketika berbual tapi awas ketika beliau sedang mengajar,ketegasan nya sukar ditandingi oleh mana2 pihak. Beliau juga merupakan cikgu yang amat aktif dalam permainan badminton. Keangkuhan beliau ketika di gelanggang sukar digugat hatta Lin Dan sekalipun. Tapi aku amat menghormati nya sebagai pendidik yang hebat.

Bercirikan guru yang amat tegas di smkj f. Cikgu Asri merupakan guru pengawas yang amat dikenali dengan kekuatan dan kelajuan hayunan rotan ketika merotan pelajar yang nakal sama seperti ketika beliau melibaskan raket untuk melakukan 'smash' yang kencang ketika bermain badminton. Keangkuhan ketika bermain badminton di gelanggang tidak jauh beza dengan cikgu Ridhwan kerana beliau merupakan 1 pasangan beregu di smkj f ini.Selain tu juga,cikgu Asri juga seorang yang lmah lembut ketika berbual atau berkomunikasi dengan anak muridnya.

Sahabat-sahabat yang ada di smkj f juga amat mengambil berat terhadap kawan nya yang lain juga merupakan satu contoh yang wajar dicontohi.

Friday, November 06, 2009

pengembara seorang kekasih

Bertarikh 7.3.1992 seorang insan telah dilahirkan untuk memimpin sebuah organisasi pada tahun 2009.Muhammad Fikri Bin Mustaffa nama yang telah diberikan oleh kedua-dua orang ibubapa yang tercinta.Dilahirkan di sebuah hospital besar di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Aku dibesarkan di TERATAK IDAMAN yang beralamatkan nombor 241,Felda Jelai 1, 73480 Gemas Negeri Sembilan. Aku mula mengorak langkah dalam bidang pelajaran dan menerima pendidikan awal di Sek.Ren.Keb Jelai 1.seterusnya aku menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (F) yang mempunyai begitu banyak kenanan manis dan pahit yang telah dialami.Pada tahun 2009 pihak pentadbir SMKJ F telah memberi kepercayaan untuk menjadi kapten pelajar pada tahun tersebut. Aku menerima tugas tersebut dengan hati yang terbuka dan menganggap tugas tersebut sebagai amanah dan cabaran untuk menjadi seseorang yang lebih hebat dan bukan menganggap ianya bukan satu bebanan.Untuk makluman semua,pada tahun 2009 juga SMKJ F juga telah menubuhkan sebuah exco iaitu BADAR atau nama penuhnya ialah Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani. Dalam exco tersebut,aku juga telah menjadi penolong presiden dan secara automatiknya menjadi jawatankuasa induk exco tersebut. Selain itu juga. aku menjadi pengerusi untuk unit berunifom bagi Persatuan Bulan Sabit Merah dan menjadi pengerusi bagi kelab dan permainan BADMINTON untuk 2 tahun berturut-turut.

Tuesday, October 06, 2009


ALHAMDULILLAH..aku bersyukur kehadrat ilahi kerna telah dilahirkan dalam keluarga yang amat mementingkan soal keagamaan. Muhammad Fikri Bin Mustaffa, nama yang telah diberikan oleh ayahanda Mustaffa Haji Ramli dan Ibunda Mastini Haji Sedek ku pada 7.3.92 iaitu tarikh dimana seorang putera telah dilahirkan dalam keluarga tersebut.


Dalam keluarga aku tak de istilah anak manja atau anak tiri. Kasih yang diberikan oleh ibubapa ku tak pernah berbelah bagi antara kami 7 beradik. Kalau dah wat salah tu,anak sulung ke anak tengah ke anak bongsu ke tetap diberi layanan hukuman yang maha dahsyat. Untuk abang2 ku iaitu asra,ikhwan,khir, dan ariff..kepada kakakku iaitu asyifa juga yang merupakan anak tunggal perempuan dalam 7 beradik,, adikmu ini tetep menyayangi korang sume.. Dan tak lupe juga kepada satu2 nye adik aku iaitu syukri terus berusaha untuk menjadi adik yang boleh wat kan kitorg abang2 dan kakak ko ni bangga kat ko..


Kepada ibunda dan ayanhanda tercinta. kasih sayang mu akan membawa ke syurga.. Terima kasih mak abah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...