WELCOME TO MY BLOG. DON’T FORGET TO FOLLOW OK (^_^)

Saturday, November 07, 2009

kehidupan di smkj felda

Menjadi pelajar di smkj f merupakan detik-detik atau saat-saat yang tak dapat dilupakan. Segala kenangan manis dan pahit dapat dirasai. Tambahan pula menjadi seorang ketua pelajar yang amat dikenali di seantero sekolah.Mempunyai cikgu-cikgu yang amat prihatin terhadap semua anak muridnya merupakan 1 pengalaman yang tak dapat dilupakan walaupau hingga ke akhir hayat.Kat smkj f juga mempunyai ragam guru-guru yang mencuit hati dan juga ada yang meny$kitk#n hati. Cikgu-cikgu yang mengajar kelas 5 UIAM pada tahun 2009 amat baik hati dan bertimbang rasa terutama teacher Linda,teacher Endra,cikgu Faezah,ustzh fatimah dan cikgu2 yang lain.

Cikgu-cikgu yang sekepala ngan anak murid lak cikgu Ridhwan,ustaz Rizal, dan cikgu Asri, .Aku cerita seorang demi seorang k.

First aku cite pasal ustaz Rizal. Seorang yang alim dan warak kat sekolah. Menamat kan pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir.Mula mengajar di smkj f pada awal tahun 2009 dan mengajar subjek agama islam dan bahasa arab. Bagi aku dia seorang pelawak dan mudah didampingi.Selain tu jugak dia seorang yang amat murah hati. Hampir saban minggu beliau akan belanja ahli BADAR sarapan pagi di kedai nana apabila selesai mengerjakan ibadah qiammullail.
ustaz Rizal juga merupakan penasihat kehormat exco BADAR dan beliau juag adalah 'mastermind' kepada penubuhan badar di smkj f.

Next aku cite pasal cikgu Ridhwan yang amat 'terbuka' ketika membincangkan isu-isu sosial.Beliau amat 'sporting' ketika berbual tapi awas ketika beliau sedang mengajar,ketegasan nya sukar ditandingi oleh mana2 pihak. Beliau juga merupakan cikgu yang amat aktif dalam permainan badminton. Keangkuhan beliau ketika di gelanggang sukar digugat hatta Lin Dan sekalipun. Tapi aku amat menghormati nya sebagai pendidik yang hebat.

Bercirikan guru yang amat tegas di smkj f. Cikgu Asri merupakan guru pengawas yang amat dikenali dengan kekuatan dan kelajuan hayunan rotan ketika merotan pelajar yang nakal sama seperti ketika beliau melibaskan raket untuk melakukan 'smash' yang kencang ketika bermain badminton. Keangkuhan ketika bermain badminton di gelanggang tidak jauh beza dengan cikgu Ridhwan kerana beliau merupakan 1 pasangan beregu di smkj f ini.Selain tu juga,cikgu Asri juga seorang yang lmah lembut ketika berbual atau berkomunikasi dengan anak muridnya.

Sahabat-sahabat yang ada di smkj f juga amat mengambil berat terhadap kawan nya yang lain juga merupakan satu contoh yang wajar dicontohi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...