WELCOME TO MY BLOG. DON’T FORGET TO FOLLOW OK (^_^)

Friday, November 06, 2009

pengembara seorang kekasih

Bertarikh 7.3.1992 seorang insan telah dilahirkan untuk memimpin sebuah organisasi pada tahun 2009.Muhammad Fikri Bin Mustaffa nama yang telah diberikan oleh kedua-dua orang ibubapa yang tercinta.Dilahirkan di sebuah hospital besar di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Aku dibesarkan di TERATAK IDAMAN yang beralamatkan nombor 241,Felda Jelai 1, 73480 Gemas Negeri Sembilan. Aku mula mengorak langkah dalam bidang pelajaran dan menerima pendidikan awal di Sek.Ren.Keb Jelai 1.seterusnya aku menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (F) yang mempunyai begitu banyak kenanan manis dan pahit yang telah dialami.Pada tahun 2009 pihak pentadbir SMKJ F telah memberi kepercayaan untuk menjadi kapten pelajar pada tahun tersebut. Aku menerima tugas tersebut dengan hati yang terbuka dan menganggap tugas tersebut sebagai amanah dan cabaran untuk menjadi seseorang yang lebih hebat dan bukan menganggap ianya bukan satu bebanan.Untuk makluman semua,pada tahun 2009 juga SMKJ F juga telah menubuhkan sebuah exco iaitu BADAR atau nama penuhnya ialah Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani. Dalam exco tersebut,aku juga telah menjadi penolong presiden dan secara automatiknya menjadi jawatankuasa induk exco tersebut. Selain itu juga. aku menjadi pengerusi untuk unit berunifom bagi Persatuan Bulan Sabit Merah dan menjadi pengerusi bagi kelab dan permainan BADMINTON untuk 2 tahun berturut-turut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...